Dengan lafaz bismillah,
Beberapa jam lagi saya dengan ini mahu melangkah kan kaki ke klinik Dr. Suriati di Alam Damai. Pada waktu ini saya sudah membulatkan niat saya untuk tetap pergi ke sana , insyaAllah selamat sampai. Setelah sekian lama saya main tarik tali dengan diri sendiri, meneka-neka kemana kah kaki ku akan melangkah untuk melakukan rawatan kesuburan, inilah dia masa yang ditunggu-tunggukan..yippie, appointment sudah set, jalan dah hafal..tinggal nak pergi saje ni..Ya Allah , permudahkan lah urusan hamba mu ini.. Saya sudah tidak mahu fikir tentang wang..wang itu boleh dicari, yang penting matlamatku ingin berlaki beranak tercapai..hehe..
Sebab ape Dr. Suriati menjadi pujaan pilihan saya, sudah semestinya doktor ini doktor perempuan muslim no. satu. no. dua ialah sebab tak payah la daku mengambil cuti untuk bertemu doktor. akhir sekali tidak jauh dari kediaman hamba klinik dr. ini..hhahhahah, itu yang beta gemar sekali..
Doakan saya ye..nanti , kami apdate ape kesudahan nye..nantikan.. :)
0 comments:
Post a Comment